Setiap kali menjelang pilihan raya, soalan sama diajukan penduduk kepada wakil rakyat iaitu bila jambatan di Kampung Pukat, Tawau, boleh dibaiki.
Habis sahaja pilihan raya, senyap dan ia sudah berlarutan hampir 25 tahun sehingga mereka sudah berputus asa.